Aluan Ketua Sektor


Ketua Unit Kurikulum

Navigasi

Info Terkini













Terima Kasih.

Profil Bidang

Pautan Akademik

Pautan JPN


Daftar

Log Masuk

Nama Pengguna

Kata Laluan



Daftar keahlian?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Mohon yang baru disini.

Statistik

Tetamu online: 1
Ahli online:
Tiada

Statistik Ahli

Ahli Berdaftar: 235
Ahli Tidak Aktif: 5600
Ahli Baru: waris2014

Statistik Pelawat

Hari ini : 62
Di Talian : 1
Online Tertinggi: 34
Tertinggi sehari sebelum ini: 6781
Semalam: 234
Bulan ini: 8989

e-Waris Plus

FAQ: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Siapa yang menyelaraskan SAPS?
Dicadangkan SUP Dalaman sebagai Penyelaras bagi SAPS.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Penyelaras SAPS?
Penyelaras SAPS perlu lakukan langkah-langkah berikut;
1. Daftar sebagai SU Peperiksaan.
2. Daftarkan semua guru.
3. Pengesahan Pendaftaran Murid.
4. Daftar Kelas.
5. Daftar Guru Kelas.
6. Buat LDP untuk guru-guru.
7. Semak guru-guru yang masih belum isi markah.
8. Proses markah secara automatik dan hantar ke PPD mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Bagaimana langkah untuk daftarkan semua guru?
Muat turun manual SUP dari laman web ini. Baca manual tersebut terlebih dahulu. Ikuti langkah-langkah dalam manual.

Bagaimana kalau guru mata pelajaran terlupa kata laluan untuk log masuk?
SUP boleh melihat kata laluan di menu kemudahan (Senarai Pengguna) pada akaun SUP. SUP juga boleh reset kataluan tersebut.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Guru Matapelajaran?
Sila muat turun manual sekolah atau guru mata pelajaran untuk mendapatkan langkah-langkah bagi guru mata pelajaran. Semua guru perlu membaca manual tersebut sebelum mengisi data.

Kenapakah saya tidak boleh log masuk melalui SUP?
Ada kemungkinan SUP telah mendaftar 2 kali iaitu sebagai SUP dan Guru Matapelajaran. Hanya satu id yang boleh digunakan bagi seorang guru. Sila hubungi pegawai PPD sekolah masing-masing yang tertera di laman web SPA untuk mendapatkan semula password tersebut.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya data murid SMM bukan murid tahun semasa?
Sila maklumkan masalah anda tersebut kepada Penyelaras JPN bagi mendapatkan bantuan.

Kenapakah saya tidak dapat melayari portal SAPS?
Ada kemungkinan masalah akses internet di sekolah anda. Sila kemukakan masalah tersebut kepada Pegawai Penyelaras JPN bagi mendapatkan bantuan.

Setelah semua guru mengisi data, bagaimana saya menghantar data ke PPD?
SUP perlu klik Proses Markah Peperiksaan sebelum dihantar ke PPD.

Kenapakah saya tidak dapat daftar sebagai SUP?
Kemungkinan Kata Kunci dimasukkan dengan data yang salah. Hanya Kod Sekolah sahaja yang diterima sebagai Kata Kunci.. Ini juga bermakna anda tidak membaca manual SUP. Sila baca manual sebelum membuat proses pendaftaran.

Perlukah isi markah mata pelajaran muzik, seni dan PJK?
Semua mata pelajaran perlu diisi. Data ini akan menentukan pencapaian KPI guru setiap mata pelajaran.

Perlukan isi TOV dan sasaran mata pelajaran?
Ya. Guru perlu mengisi TOV dan sasaran bagi setiap pelajaran dari Ujian Bulan Mac. Oleh kerana guru mula mengisi markah Peperiksaan Pertengahan Tahun, cikgu dinasihatkan untuk mengisi TOV dan sasaran bulan Mac.

Jumlah murid untuk pengisian markah Moral sedikit tidak seperti jumlah sebenar?
Minta guru kelas untuk kemaskini data murid kelas di menu guru kelas. Pastikan data agama murid tidak boleh kosong.

Bagaimana hendak tambah murid secara manual?
Hanya guru kelas yang boleh tambah murid secara manual. Sekiranya sistem tidak dapat menerima pendaftaran murid tersebut kerana IC murid atau data murid tersebut sudah ada di sekolah lain, kemungkinan terdapat kesilapan mengisi IC murid oleh guru di sekolah lain. Untuk selesaikannya, daftar murid menggunakan no IC yang bukan sebenar untuk membolehkan murid tersebut didaftarkan terlebih dahulu. Setelah pengisian markah selesai, guru kelas boleh mengemaskini IC sebenar murid tersebut. Gunakan carian murid di menu guru kelas melalui IC. Kenalpasti data di mana murid itu didaftarkan. Hubungi sekolah tersebut dan minta guru kelas sekolah itu untuk memastikan IC murid itu betul.

Bagaimana guru beredar hendak mengisi data kerana SUP tidak dapat daftarkan guru beredar?
Hanya satu akaun guru sahaja boleh didaftarkan di sesebuah sekolah. Mata pelajaran guru beredar boleh didaftarkan di akaun guru lain buat sementara waktu bagi mendapatkan markah. NKRA akan dimaklumkan mengenai permasalahan ini untuk diselesaikan.